25 DAN 26 APRIL 2026 KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI 2026 ZON TENGAH II
Majlis Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) Zon Tengah II 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, sebagai simbolik penutup kepada siri jelajah JMU 2026 bagi Zon Tengah II yang menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan tinggi serta agensi berkaitan dalam usaha memperkasa akses pendidikan kepada masyarakat.


























































































