18 Jun 2025 Majlis Syarahan Budiman YBrs Profesor Dr Che Zalina Zulkifli
Majlis Syarahan Budiman merupakan platform penghormatan tertinggi universiti kepada ilmuwan yang telah menyumbang secara signifikan dalam bidang akademik dan penyelidikan. Pencerapan ilmu yang dikongsikan oleh Profesor Dr. Che Zalina hari ini turut menyerlahkan kepakaran UPSI dalam melahirkan tokoh ilmuwan yang memberi impak di peringkat nasional dan antarabangsa.