16 JUN 2026 MAJLIS PELUNCURAN BUKU UPSI BERDUKA

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyempurnakan Majlis Peluncuran Buku UPSI Berduka. Penerbitan buku UPSI Berduka merupakan usaha UPSI mendokumentasikan insiden kemalangan bas yang melibatkan pelajarnya di Gerik, Perak pada 9 Jun 2025. Naskhah tersebut menghimpunkan kronologi kejadian, pengalaman pelajar yang terselamat, luahan waris, kisah pengorbanan petugas barisan hadapan serta pengurusan krisis yang dilaksanakan sepanjang tempoh tragedi berkenaan.