9 MAC 2026 MAJLIS IFTAR SILATURAHIM UPSI BERSAMA MEDIA DAN RAKAN STRATEGIK 2026

Universiti Pendidikan Sultan Idris meraikan wakil media dan rakan strategik dalam Majlis Iftar Silaturahim UPSI Bersama Media dan Rakan Strategik 2026 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan pihak media dan rakan industri yang selama ini membantu mempromosikan pelbagai inisiatif serta pencapaian UPSI.