15 JAN 2025 EXECUTIVE TALK NAIB CANSELOR 0

Tirai tahun 2025 dibuka dengan siri pertemuan Profesor Dato' Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama ketua jabatan serta pentadbir universiti. Program Executive Talk Naib Canselor 3.0, bertempat di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah ini bertujuan untuk mengimbas kembali pencapaian cemerlang dan kejayaan universiti sepanjang tahun 2024.