7 Oktober 2024 - Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff hadir merasmikan Pusat Data Utama UPSI di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.
Pembangunan Pusat Data Utama, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) yang berkeluasan 2,970 kaki persegi itu merupakan salah satu petunjuk prestasi dalam Pelan Strategik UPSI 2021-2025 di bawah teras 6 Kelestarian Ekosistem. Pusat Data Utama yang dilengkapi dengan kemudahan bilik server, bilik operasi, bilik persediaan & perbincangan dan bilik mekanikal & elektrikal ini dapat menyediakan keluasan ruang lantai yang mencukupi bagi menampung keperluan sumber pengkomputeran UPSI sehingga 20 tahun mendatang.