18 JULAI 2024 KUNJUNGAN HORMAT UIN SULTAN MAULANA HASANUDDIN BANTEN, INDONESIA KE UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat delegasi daripada Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten, Indonesia pada 18 Julai di Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Lawatan yang melibatkan 28 orang delegasi daripada UNY Sultan Maulana Hasanuddin Banten ini bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antarabangsa antara kedua-dua universiti ini. Sesi lawatan ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah 1, Pusat Antarabangsa Dan Mobiliti, Dr. Nor Fadila Kasim.