12 JULAI 2024 Lawatan Rasmi Naib Canselor DRB-HICOM University ke UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor DRB-HICOM University sempena Lawatan Penanda Aras DRB-HICOM University of Automotive Malaysia di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Majlis hari ini menyaksikan perkongsian idea mengenai Latihan Industri Berstruktur, penanda aras untuk program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas, Program Pesisir, Kem Kembara Pelajar dan kaedah belajar disamping menjana wang.